PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 @ AMPAC BERTAM

21/06/2011 | Utama | badrul.sani | Comments 2
pcs3

Siapa sangka dalam tempoh 4 tahun, Ampac sudah mampu melebarkan sayapnya ke Bandar Bertam Perdana, nun jauh di Pulau Pinang. Dan program sulung dari pusat itu dilancarkan pada cuti sekolah baru-baru ini, antara 6 hingga 10 Jun yang lalu. Program yang bertujuan meningkatkan keyakinan serta potensi hebat para remaja, telah mendapat sambutan yang mengagumkan daripada lebih 40 peserta. Program terbahagi kepada 3 pengisian; Public Speaking, English Cuti Sekolah dan Brilliant Students’ Skills.

Bertemakan lagu Insya Allah yang kerap kali dinyanyikan dengan penuh penghayatan, kebanyakan peserta sangat gembira dan teruja kerana program ini  kerap kali disulami dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan di samping dapat belajar perkara baru.

Selama 5 hari berprogram, mereka telah diperkenalkan dunia seni berpidato yang penuh aktiviti di luar jangkaan. Sebilangan teknik hafalan dan gaya diajar oleh jurulatih  mereka, Abg Badr yang seronok dan inovatif telah merubah mereka menjadi remaja dan kanak-kanak yang berkeyakinan.

 

Dalam English Cuti Sekolah pula, mereka belajar menggunakan bahasa tersebut dengan kaedah yang mudah serta menyeronokkan kerana terdapat pelbagai permainan dan aktiviti yang menghiburkan. Antaranya. Permainan High Low Middle Low, Puppet Show, Guess Me, Celebrity dan macam-macam lagi.

Manakala dalam Brilliant Students’ Skills pula, mereka diuji dengan pelbagai permainan minda yang mencabar fokus dan kepintaran mereka. Mereka dilatih menggunakan otak kiri dan kanan dan diajar untuk berfikir di luar kotak. Yang paling penting, mereka tidak dilatih sebagaimana biasa, mereka menggunakan pelbagai peralatan dan rangsangan untuk lebih maju dalam pemikiran.

Istimewanya, pada hari keempat program, sesi muhasabah diadakan. Para peserta diingatkan agar tidak sesekali melupakan jasa dan pengorbanan agung dua insan mulia dalam hidup mereka iaitu ayah dan ibu mereka. Semoga tangisan yang bercucuran tidak akan menjadi sia-sia kerana menjadi pemangkin semangat untuk menjadi generasi gemilang dan berjaya.

 

Pada hari terkhir, mereka memfokuskan diri untuk mempersembahkan pidato yang telah mereka kuasai. Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran mereka serta para fasilitator dan jurulatih, mereka dapat memberikan pidato yang cukup mantap.

 

Program Cuti Sekolah 2011 ini menutup tirainya dengan sesi penyampaian hadiah dan anugerah kepada para peserta. Tidak dilupa, sijil juga disampaikan kepada semua yang terlibat dalam program ini.

 

Semoga memori indah yang berjaya dirakam dapat dijadikan pencetus revolusi diri dan semoga segala ilmu dan kemahiran yang telah digali dan ditemui akan digunakan sepanjang hayat untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Amin, Insya-Allah!

Jumpa lagi!

 


2 Comments

  • nur ain, 2011-07-09 02:15:36

    seronok giler gi ampac / program enjoy enjoy

    Reply
  • nurin hannani, 2011-07-09 05:50:06

    siapa yang memasukkan pidato dan lakonan beez 12 & 13,tolong la masuk kan kat you tube.. :)

    Reply

Leave a Reply

* Name, Email, and Comment are Required